Cepatnye masa berlalu kan. Baru jer merasa tahun 2012,tengok-tengok dah masuk tahun baru 2013. Hari ni pulak dah 6 Januari 2013. Masya-Allah sekejapnye rasakan. Okeylah, we go straight to the point. Aku sebenarnye nak cerita sikitlah pengalaman mandi-manda dekat air terjun Gepai. Hah,pernah dengar tak nama air terjun ni? Mesti tak pernah dengar kalau kome semua bukan orang Perak. Aku pun first time dengar nama air terjun ni. Air terjun Gepai ni terletak kat Bidor, Perak. Amboihh,jauhnye kitorang pergi semata-mata nak mandi air terjun.Bukan kat area-area Selangor pun ade ke? Sebenarnye, semua air terjun yang ada kitorang dah pergi. So,kalau pergi tempat yang sama probably it will be bored. We need something new! Cewahhh, gitew~
Nasib baiklah main organizer kita kreatif. Cari punyer cari tempat-tempat yang best, pakai pak cik google last sekali jumpa jugak. Mula-mula nak pergi Gua Tempurung tapi sebab kekangan masa terpaksa dibatalkan. So,here it is.We are in Gepai Waterfall. Located in Bidor,about 2 hours journey from Kuala Lumpur. Kami konvoi 7 kereta kot. Best sangat, walaupun time-time dah nak dekat sampai tersilap jalan. Hahaha..Bila sampai jer,aku agak terkejut jugak sebab tengok tempat dia macam seram jer. Siap ade kuil hindu lagi kat situ ok. Kata tempat tumpuan tapi kenapa macam takde orang jer yang manage tempat tu. Sampah sarap memang ade merata-rata,takde orang bersihkan.
Ok,bila kitorang siap-siap nak turun kereta,hujan tiba-tiba jadi lebat giler. Weollz cepat-cepat masuk kereta balik. Time tu dah rasa frust dah sebab datang jauh last-last tak dapat mandi sebab hujan. Tapi,sabar tu separuh daripada iman. Sambil tunggu hujan berhenti,weollz makan bihun goreng dulu. Alhamdulillah,maybe Allah dengar rintihan hati aku ngan kengkawan kot. Hujan berhenti jugak. Apa lagi, kitorang cepat-cepat la turunkan barang daripada kereta pastu angkut sambil cari spot yang menarik. Guess what, air terjun ni bukan macam air terjun biasa tau sebab memang takde langsung laluan yang disediakan except jambatan yang dah pun usang. Semata-mata nak cari spot yang menarik plus kawasan air terjun yang tak berapa dalam, weollz sanggup meredah hutan naik pastu turun balik. Rasa macam jungle trekking ok. Memang challengging.
Bila jumpa tempat yang sesuai,kitorang cepat-cepat barang dan terus berBBQ dan masak. Aku tolong part menggoreng jer sebab yang tu paling senang hahaha. Aku goreng shoestring fries, sosej ngan isi ketam. Fuh,memang hot items.Bila angkat jer dari kuali terus habis. Pelahap betul kawan-kawan aku ni kihkihkih..
Apelagi ha menu yang diorang prepare? Ha! lupa kita ade nasi goreng pastu ayam bakar lah yang rempah dia versi mix and try.Lawak jugak bila fikir balik time nak buat rempah ayam. Main campak jer bahan yang ade pastu rasa.Tak cukup tambah lagi sampai rempah tu jadi cair macam sambal.
Jom start menggoreng! |
Say hi to Nazrin & Aqif. 2 jejaka comel gitew~ |
Orang sibuk nak buat kerja ade jer yang nak interframe ambik gambar hehe.. |
Tenaga kerja yang menyediakan makanan #kekdahnye fotogenik la semua! hahaha |
Yeah,we really enjoyed our moment there. Mandi sampai puas hati. Waktu tu ade jugak beberapa penduduk tempatan datang mandi sekali. Kawan-kawan aku cakap diorang sumer tu orang asli tapi tak nampak macam asli pun hehehe. Pergh,mantap la bila diorang buat stail terjun dari tempat tinggi. Jelesnye. Kan best kalau aku tahu berenang. Boleh buat half summersault haha. Waktu tengah syok-syok mandi,dari jauh aku tengok ada sorang pakcik ni approach few of my friends.Macam ada benda serius jer yang diorang bincangkan. korek-korek dengan kawan yang lain rupanye pasal sejarah tempat tu..Betul la ape yang hausemate aku bagitahu pasal tempat tu. Dikhabarkan, kat air terjun tu ade satu terowong yang menyambungkan sungai gepai tu dengan sungai tapah. Jauhkan? Dulu-dulu la time zaman jepun orang-orang kat situ yang bina. So, the problem is terowong tu pak cik tak tahu kat mane. Kalau tahu dah lama dia buat petanda kat situ tak bagi pengunjung mandi. Dia bagitau dulu ade yang lemas kena tarik ke dalam terowong, lepas tu terus dah tak jumpa. Selang beberapa hari ade orang jumpa mangsa tu kat sungai tapah..Wah,seram gile babe!
Mandi jom!! |
Wehuu,syoknye mandi..sejuk sangat airnya |
THE PICS OF THE BEGINNING 2013
by Firdaus
Orait few hours mandi-manda,kitorang bersiap-siap nak balik rumah. Kalau ikutkan hati memang tak nak balik sebab best sangat mandi cewah!Dalam perjalanan balik weollz singgah rumah ayah saudara kawan kat Behrang. Dalam pukul 6.45 petang baru sampai bilik. Penat sangat. Sampai bilik bila nak pergi mandi barulah perasan rupa-rupanya aku digigit pacat. Pacat tu dah takde maybe jatuh time aku tukar baju kt air terjun tu kot. Tapi, darah tu memang tak mahu berhenti..End up aku letak plaster tak bagi darah keluar. Hahah,orang lain takde pun kena gigit,aku jer yang kena. Kawan aku cakap mungkin darah aku sedap kot hahaha.Motiff sangat.
Credit tu Firdaus Iqbal & Kamarol Salleh for the pics. Sorry pinjam tak bagitahu. Mintak halalkan yer.. :)
Gmiey said:
Thanks to main people who organized this event, Azree Biber..It was an awesome trip guys!!!