Sunday, April 15, 2012

ANC 2012


Assalamualaikum wbt..

Siapa yang pernah dengar pasal Anugerah Nasyeed.Com ni angkat tangan. Mesti tak ramai kan? Aku sebenarnya tak berapa tahu sangat pasal anugerah ni. Tapi pernah dengar la kalau tak silap ada dalam Melodi hari tu. Meh nak cerita sikit kat sape2 yang tak berape tahu pasal anugerah ni. Korang perasan tak ABPBH 2011 yang hari tu, kategori kumpulan nasyid paling popular takde? Aku pun tak perasan sebenarnya hehehe. Oleh kerana kategori tu dah dimansuhkan dalam ABPBH hari tu, satu company nama Nasyeed Edutainment mengambil inisiatif memperkenalkan sebuah anugerah khusus untuk nasyid. Alhamdulillah, inisiatif tu tercapai jugak bila anugerah tu telah berlangsung secara gilang-gemilang di Dewan Muktamar, Pusat Islam KL pada 13 April 2012. Ada 11 kategori semuanya.

  1. Nasyeed Cinta: Saat Lafaz Sakinah, Far East
  2. Nasyeed Perjuangan: Bebas Palestin, Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart
  3. Nasyeed Amar: Berjalan Tanpa Henti, Devotees
  4. Nasyeed Sirah: Sumayyah, Hijjaz
  5. Nasyeed Munajat: Menanti Di Barzakh, Far East
  6. Nasyeed Selawat: Binnabil Huda, UNIC
  7. Video Muzik Terbaik: Pedoman, Nora ft Voice of Ummi
  8. Susunan Muzik Terbaik: Dia Muhammad, Inteam
  9. Persembahan Vokal Terbaik: Inikah Petanda, Rabbani ft Mawi
  10. Lirik Terbaik:  Menanti Di Barzakh, Far East
  11. Lagu Terbaik:  Dia Muhammad, Inteam
Anugerah Juara Nasyeed.Com: Bebas Palestin, Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart

Kalau korang nk tengok Anugerah Nasyeed.Com 2012 yang ditayangkan kt TV Al-Hijrah, boleh la tengok video aku sediakan khas. Selamat menonton.






Saturday, April 14, 2012

Panas!!

Assalamualaikum wbt.

Fuh..hari ni hari yang paling memenatkan aku, hari yang banyak aku keluar peluh setelah sekian kurang berpeluh. Mana tidaknya, start dari pagi lagi ajak housemate main badminton. Asalnya ajak 6 orang tapi yang datangnya 4 orang jer. Yang sorang kata nk siapkan assignment kakaknya, yang sorang lagi masih bermimpi di atas katil yang empuk; letih katanya sebab tidur lambat. Lepas main badminton, kitorang main game bola jaring pulak. Not exactly netball sebab guna bola tampar. Lawak kan! Hahaha..Diorang semua terror2 okay, I sorang yang xpernah nak masuk jaring bila baling bola. Memang aku dilahirkan untuk tidak bermain netball kot. Opps~Sebelah petangnya pulak kitorang practice tarian endang untuk program opkim hari khamis minggu depan. Susah jugak belajar tarian ni sebab lagu dia sangat laju walaupun step2 dia mudah. Tergeliat tangan duk pusing sana pusing sini. But it good to learn sebab boleh membakar lemak2 di perut aha!

Hari ni jugak berlaku peristiwa yang agak penting. Cuba teka apa. Kalau tak tahu sah2 la korang ni tak baca surat khabar. Gurau jer jangan marah pulak. Hari ni, 14 April 2012 bersamaan hari Sabtu, seramai lebih kurang 500 orang mahasiswa daripada pelbagai IPT berhimpun bagi menuntut pemansuhah PTPTN. Bila aku baca berita kat malaysia kini, agak kontroversial sikit la. Macam2 berlaku, tapi aku tak nak ulas panjang2 sebab aku tidak berada di kawasan kejadian. Pasal isu PTPTN ni aku tak berani nak cakap panjang2 sebab aku bukan mahasiswa yang menggunakan PTPTN. Setiap mahasiswa ada pendapat masing-masing, terserahlah sama ada mereka setuju ataupun tidak mengenai pemansuhan ni. Bagi aku, ada kelebihan & ada jugak kelemahan pemansuhan ni. Kelebihan dia of course mahasiswa akan mendapat pendidikan percuma dan tak perlu risau tentang pembayaran balik. Lagipun, bila aku tengok kakak2 aku yang tengah  nak settlekan bayaran pinjaman rasa macam kesian kat diorang. Tak bayar kang interest akan naik tiap2 bulan. Akak aku yang sorang ni sampai mintak penangguhan penbayaran lagi sebab dia belum dapat kerja yang stabil lagi. Ishh...Dari segi kelemahan pulak, mahasiswa terlampau bersenang lenang. Yela, kalau semua dah free belajar pun main2 la sebab xde benda yang nak dirisaukan (bukan semua la). So, kualiti pelajar yang majoritinya lepasan ijazah akan menjadi rendah dan secara xlangsung boleh menjejaskan produktiviti negara. Cadangan aku, marilah sama2 pihak yang terbabit duduk sama2 berbincang macam mana nak selesaikan isu ni. Kalau x dimansuhkan pun, at least beberapa syarat pembayaran perlulah dilonggarkan.

p/s: Ini sekadar apa yang aku rasakan dan tidak menyebelahi mana2 pihak.

Friday, April 13, 2012

Funky Friday~

Dari pagi memang duk mengadap laptop xde buat pape pun.
Main fb, twitter, jenguk blog orang tu jela kerjanya.
Solat, makan pastu bukak laptop main internet lagi.
Hishh..teruk betul la aku ni

 |
 |
 |
 |
V

Sampai ler ke petang.
Aktiviti aku tetap je macam tuh.
Lepas solat asar ingat nk g lepak blik kawan, tup2 tgok semua keluar.
Pergi Chowkit la, tgok wayang ngan BFF la.
Tinggal aku ngan housemate jer.
Lalu diperah la otak nk buat ape la petang ni, maen badminton hari nk hujan dgn angin laju2 manja.
"Jom g jalan2"---> idea housemate
Aku ape lg..JOMMMM

Ala window shopping jer kt Cheras Leisure Mall.
Yela skrg poket kering mnggu2 jpa tuh..
Satu mall tu kitorg jelajah, jalan2 naik linkbridge.
Singgah jap kt Giant.
Walaupun dh byk kali dtg tp still gak sesat dlm tu xjumpa pintu nk keluar ke parking
Nk tergelak aku hahaha..



Tp paling best pg CLM dapat beli roti feveret aku,
ROTI BOY!!
Bukan 1 tp 2 lagi aku beli..
Sedap!!


Teater Musikal

Cuti semester masih berjalan. Pejam celik pejam celik dh lebih sebulan rupanye ak dh bercuti. Mmg xsedar langsung. Maklumlah, best sgt duk kt rumah tuh. Tapi, kadang2 boring jugak sebenarnya kt rumah xbuat apa2 kerja. So, here I am, ada kt kolej skrg dgn hajat yang tinggi utk buat elektif posting. Dh hari ke-2 ni tggu keputusan drpd DBKL tu, tp tetap xde jwapan. Geram betul aku !@#$%^&%^&$#@!


Nk dijadikan cite kalo dh boring tahap gaban, internet la yang jadi mangsa. Bukak fb xpun twitter..Dalam waktu ghairah duk klik sana klik sini, terbukak la satu iklan ni.. UPIN IPIN THE MUSICAL, wow dh advanced skrg. Kalo dulu kt tv jer skrg kt intana budaya plak. Walaupun cite dia utk kanak-kanak, tp ak still suka tgok cite ni hehehe..dari musim pertama smpai la skrg dh musim ke-6. Yeay!! excited giler. Hati aku meronta-ronta nk pg tgok musikal tu. Dh ler xpernah smpai lg kt istana budaya walaupun jarak kolej kediaman waktu preklinikal dulu hanya sekangkang kera jer. Bukan apa sibuk sgt kot. Lagi satu time poket kosong ler baru tergerak nk tgok teater kalo x hmm wayang ler yg menjadi pilihan.


Jom sape2 yg nk ikut p tgok teater musical nih skali ngan aku..

p/s: kalo korg rajin & nk dpt tiket free, hotfm ade buat contest kt laman web diorg. Tekan link ni jer kalo nk take a look..