Assalamualaikum wbt.
Fuh..hari ni hari yang paling memenatkan aku, hari yang banyak aku keluar peluh setelah sekian kurang berpeluh. Mana tidaknya, start dari pagi lagi ajak housemate main badminton. Asalnya ajak 6 orang tapi yang datangnya 4 orang jer. Yang sorang kata nk siapkan assignment kakaknya, yang sorang lagi masih bermimpi di atas katil yang empuk; letih katanya sebab tidur lambat. Lepas main badminton, kitorang main game bola jaring pulak. Not exactly netball sebab guna bola tampar. Lawak kan! Hahaha..Diorang semua terror2 okay, I sorang yang xpernah nak masuk jaring bila baling bola. Memang aku dilahirkan untuk tidak bermain netball kot. Opps~Sebelah petangnya pulak kitorang practice tarian endang untuk program opkim hari khamis minggu depan. Susah jugak belajar tarian ni sebab lagu dia sangat laju walaupun step2 dia mudah. Tergeliat tangan duk pusing sana pusing sini. But it good to learn sebab boleh membakar lemak2 di perut aha!
Hari ni jugak berlaku peristiwa yang agak penting. Cuba teka apa. Kalau tak tahu sah2 la korang ni tak baca surat khabar. Gurau jer jangan marah pulak. Hari ni, 14 April 2012 bersamaan hari Sabtu, seramai lebih kurang 500 orang mahasiswa daripada pelbagai IPT berhimpun bagi menuntut pemansuhah PTPTN. Bila aku baca berita kat malaysia kini, agak kontroversial sikit la. Macam2 berlaku, tapi aku tak nak ulas panjang2 sebab aku tidak berada di kawasan kejadian. Pasal isu PTPTN ni aku tak berani nak cakap panjang2 sebab aku bukan mahasiswa yang menggunakan PTPTN. Setiap mahasiswa ada pendapat masing-masing, terserahlah sama ada mereka setuju ataupun tidak mengenai pemansuhan ni. Bagi aku, ada kelebihan & ada jugak kelemahan pemansuhan ni. Kelebihan dia of course mahasiswa akan mendapat pendidikan percuma dan tak perlu risau tentang pembayaran balik. Lagipun, bila aku tengok kakak2 aku yang tengah nak settlekan bayaran pinjaman rasa macam kesian kat diorang. Tak bayar kang interest akan naik tiap2 bulan. Akak aku yang sorang ni sampai mintak penangguhan penbayaran lagi sebab dia belum dapat kerja yang stabil lagi. Ishh...Dari segi kelemahan pulak, mahasiswa terlampau bersenang lenang. Yela, kalau semua dah free belajar pun main2 la sebab xde benda yang nak dirisaukan (bukan semua la). So, kualiti pelajar yang majoritinya lepasan ijazah akan menjadi rendah dan secara xlangsung boleh menjejaskan produktiviti negara. Cadangan aku, marilah sama2 pihak yang terbabit duduk sama2 berbincang macam mana nak selesaikan isu ni. Kalau x dimansuhkan pun, at least beberapa syarat pembayaran perlulah dilonggarkan.
p/s: Ini sekadar apa yang aku rasakan dan tidak menyebelahi mana2 pihak.
No comments:
Post a Comment