Sunday, April 15, 2012

ANC 2012


Assalamualaikum wbt..

Siapa yang pernah dengar pasal Anugerah Nasyeed.Com ni angkat tangan. Mesti tak ramai kan? Aku sebenarnya tak berapa tahu sangat pasal anugerah ni. Tapi pernah dengar la kalau tak silap ada dalam Melodi hari tu. Meh nak cerita sikit kat sape2 yang tak berape tahu pasal anugerah ni. Korang perasan tak ABPBH 2011 yang hari tu, kategori kumpulan nasyid paling popular takde? Aku pun tak perasan sebenarnya hehehe. Oleh kerana kategori tu dah dimansuhkan dalam ABPBH hari tu, satu company nama Nasyeed Edutainment mengambil inisiatif memperkenalkan sebuah anugerah khusus untuk nasyid. Alhamdulillah, inisiatif tu tercapai jugak bila anugerah tu telah berlangsung secara gilang-gemilang di Dewan Muktamar, Pusat Islam KL pada 13 April 2012. Ada 11 kategori semuanya.

  1. Nasyeed Cinta: Saat Lafaz Sakinah, Far East
  2. Nasyeed Perjuangan: Bebas Palestin, Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart
  3. Nasyeed Amar: Berjalan Tanpa Henti, Devotees
  4. Nasyeed Sirah: Sumayyah, Hijjaz
  5. Nasyeed Munajat: Menanti Di Barzakh, Far East
  6. Nasyeed Selawat: Binnabil Huda, UNIC
  7. Video Muzik Terbaik: Pedoman, Nora ft Voice of Ummi
  8. Susunan Muzik Terbaik: Dia Muhammad, Inteam
  9. Persembahan Vokal Terbaik: Inikah Petanda, Rabbani ft Mawi
  10. Lirik Terbaik:  Menanti Di Barzakh, Far East
  11. Lagu Terbaik:  Dia Muhammad, Inteam
Anugerah Juara Nasyeed.Com: Bebas Palestin, Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart

Kalau korang nk tengok Anugerah Nasyeed.Com 2012 yang ditayangkan kt TV Al-Hijrah, boleh la tengok video aku sediakan khas. Selamat menonton.






No comments:

Post a Comment