Wednesday, May 15, 2013

Happy Teachers's Day

Hari ini genap 18 tahun 5 bulan 2 minggu aku bergelar seorang pelajar/mahasiswa. Wow, lama jugak aku belajar. Hidup digunakan sepenuhnya untuk belajar. Sempena Hari Guru tahun ni, jom kita imbau kembali kisah-kisah lama sewaktu menjadi pelajar dan sekarang sedang bergelar mahasiswa.

Pasti Pasir Golok (1995-1996)

Korang pernah dengar tak pasal pasti ni? Mesti ada yang pernah dan ada yang tak pernah. Well, for your information pasti ni adalah satu institusi pendidikan awal yang ditubuhkan oleh parti pas. Kelantan dah dipimpin oleh kerajaan pas sudah 23 tahun sejak tahun 1990, ofkos la banyak pasti ditubuhkan kat sini. Tadika Kemas tu apa pulak. Yang tu pun sama jugak cuma itu hak milik kerajaan persekutuan. The best thing about this school, mereka menekankan pendidikan berunsurkan islam and we were taught well. Lagi satu kenapa aku masuk pasti ni adalah kerana lokasinya yang hanya terletak betul-betul di depan rumah aku kekeke..

Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh (1997-2002)

Lepas 2 tahun belajar kat pasti, iolls masuk sekolah ni. 6 tahun kat sini macam-macam benda boleh dikenang kembali tapi tak boleh la cerita kat.malu taw. Biasalah zaman kecik-kecik tengah tak baligh dan matang lagi time tu. Waktu sekolah rendah, aku dapat jadi pustakawan. Meletop yang uolls. Yelah, nak jadi pengawas tak layak. So, jadi librarian pun ok lah. Miahahaha..

Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (2003-2007)
Ok, waktu darjah 6 alhamdulillah rezeki aku untuk dapat 5A UPSR. Pastu dapat masuk SBP. First time memang excited nak masuk. Tapi bila pergi daftar, check in asrama tiba-tiba rasa takut dan nervous. Aku menangis tau bila mak aku dah nak balik rumah. Tak pernah berpisah kot dengan mak. Xdela beria-ria aku nangis tapi air mata tu jatuh jugaklah. Memang nak tergelak la kalau ingat balik hahaha. Alhamdulillah, dapat habiskan 5 tahun kat situ. Ada sorang cikgu bahasa inggeris yang aku takkan lupa. She was very special. Aku dapat belajar dengan dia 3 tahun kot. Form 3 sampai form 5. Cara dia mengajar memang lain daripada yang lain. Kelas dia sangat tak stress dan part paling best bila dengar dia membebel. Perghh, sentap mak nak kalau dengar ceramah dia hehe.

Kolej Matrikulasi Pahang (2008/2009)
Dah lama duk kat negeri sendiri, kali ni dapat peluang sambung belajar kat Pahang. Best tu memang best tapi nak balik kampung sangatlah susah. Aku ambik sains hayat kat sini dengan hasrat nak sambung medik lepas ni.

Universiti Kebangsaan Malaysia (2009-kini)
SELAMAT HARI GURU 2013
KEPADA SEMUA GURU DI SELURUH MALAYSIA
^_^

Saturday, May 11, 2013

Happy Mothers Day


12 Mei 2013 ialah hari ibu. I think everyone had already know that. Kat dalam facebook penuh dengan ucapan selamat hari ibu yang ditujukan khas kepada mak/ma/mama/mummy/ummi/ibu masing-masing. Aku pulak tiba-tiba datang rasa sedih dan hiba. Teringatkan arwah mak. Sudah 6 bulan meninggalkan kami adik beradik. Sungguh cepat rasanya. Mak menghembuskan nafasnya yang terakhir depan mata aku. Semuanya tanpa diduga. Kuasa Allah yang menciptakan manusia dan Dia jugaklah yang berhak mengambil balik apa yang menjadi hak-Nya. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mak. Panjang ceritanya kisah yang berlaku waktu tu. Susah untuk diceritakan tapi sepanjang malam aku menangis. Setiap kali kawan-kawan call tanya keadaan aku, air mata deras turun. Aku dah takde siapa-siapa lagi yang aku boleh bermanja, orang yang selalu menunaikan impian aku tatkala bila aku meminta. Biasalah bila jadi perantau kat kuala lumpur ni. Balik je rumah mintak mak buatkan ini buatkan itu. Mak tak pernah kata tak. Dia mesti buat dengan syarat aku kena sediakan bahan-bahan tu. Tapi aku gembira. Sekarang suasana dah berubah. Nak apa-apa kena buat sendiri.

Mak, sempena hari ibu ni,orang sedekahkan al-fatihah dan berdoa agar roh arwah mak dengan abah dicucuri rahmat oleh Allah swt. Orang sayang mak sangat-sangat. Sepanjang 22 tahun orang hidup dengan mak sekali je pernah bagi hadiah sempena hari ibu. Selalu tak sempat. Maaf ye mak. T_T
 


HAPPY MOTHER DAY TO ALL MOTHER IN THIS WORLD
AND ALSO
HAPPY WORLD NURSES' DAY 2013

My First Experience

Assalamualaikum/Selamat sejahtera


Homaigad, ini entry pertama aku di Tahun 5. Memang tak percaya. Rasa macam sekejap je belajar ni. Baru je tahun 1 tengok-tengok dah masuk tahun 5. Masa berlalu dengan pantaskan. Blog aku takde nak menyajikan benda panas. Cukup hanya di facebook jelah. Komen mengenai pru-13..emm, entahlah banyak sangat cerita yang aku dapat,ada yang bercanggah ada yang tidak. Tapi, secara keseluruhan yang aku dapat simpulkan..kalau benarlah keputusan pru ni hasil daripada sabotaj, penipuan dan ahli spr yang tidak telus, moga Allah tunjukkan kepada mereka semua ke jalan yang benar. Semua ini takkan kekal lama. Rakyat akan terus bangkit. Pasal ni tak syok sangat sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan pengalaman kali pertama mengundi. Huih,excited sangat. Kalau uolls semua nak tahu akulah antara orang yang terawal booking tiket nak balik mengundi. Yelah,sedangkan tiket balik raya cepat je habis inikan pulak tiket balik mengundi. Kewajipan sebagai rakyat Malaysia tu. Bila spr umum je tarikh pengundian, terus aku booking tiket online. Zaman canggih sekarang ni senang je xyah nak susah-susah pergi stesen bas yang jauh semata-mata nak beli tiket. Sampai je rumah, kakak aku bagitahu yang aku dapat claim duit tiket. Alhamdulillah rezeki aku,jimatlah sikit duit aku almaklumlah sekarang ni tengah kering sebab tunggu jpa tak masuk-masuk pun lagi. Dengan pihak mana yang aku claim duit tu biarlah rahsia.

Pagi 5 Mei, aku siap-siap nak pergi mengundi. Pergi naik motosikal dengan abang aku. Memang tak la aku nak naik kereta sebab konfem-konfem kat sana akan jam. Lama jugaklah nak tunggu turn. Sepatutnya kena semak dulu dekat kaunter semakan pastu akan dapat kertas yang tulis nombor saluran kita dan nombor siri. Tapi sebab terlampau ramai beratur sampai melimpah-limpah ke jalan raya, orang spr tu suruh pergi terus ke saluran mengundi dengan syarat dah konfem saluran masing-masing. Bijak jugak abang ni sebab ofkos la orang semua dah tahu sebab konfem diorang dah semak kat internet ataupun sms sebelum datang. Aku dapat saluran 3 di mana saluran tu khas untuk orang muda-muda hehehe. Bila tiba turn aku, aku terus masuk. Bagi kad pengenalan dan abang tu baca kuat-kuat. Mesti penatkan guna suara nanti tak pasal-pasal boleh dapat hoarseness of voice kekeke...Pastu gerak sebelah,ade akak pulak yang tukang calit dakwat kekal. Rasa macam tengah buat manicure je.. Orang sebelah dia bagi kertas undi dan aku apa lagi terus ambik pergi ke tempat memangkah. Waktu pegang pen tu tiba-tiba tangan aku menggelatar tak tahu kenapa. Mungkin sebab risau takut aku buat undi rosak. Rugi jelah aku balik jauh-jauh tup-tup buat undi rosak. Dah selesai tu, aku lipat dan masukkan ke dalam peti undi. I'm DONE!! Yahoo!! Balik rumah benda yang pertama aku buat lepas disuruh abang aku adalah cuci dakwat kat jari. Pakai sabun cuci pinggan je terus hilang tak serupa dengan apa yang diberitahu spr. Kekdahnya dakwat kekal. Aku rasa pakai dakwat printer lagi kekal.

Malam tu pulak stay up sampai pukul 2 semata-mata nak tahu keputusan pru. Lambat giler keluar result. Alhamdulillah, negeri aku masih kekal dibawah pemerintahan kerajaan Pas. Syabas buat semua rakyat kelantan. BN berjaya membentuk kerajaan persekutuan buat sekali lagi walaupun jumlah parlimen yang dimenangi tak sebanyak pru 12.

Teringin nak makan cupcake ^_^