Saturday, May 11, 2013

Happy Mothers Day


12 Mei 2013 ialah hari ibu. I think everyone had already know that. Kat dalam facebook penuh dengan ucapan selamat hari ibu yang ditujukan khas kepada mak/ma/mama/mummy/ummi/ibu masing-masing. Aku pulak tiba-tiba datang rasa sedih dan hiba. Teringatkan arwah mak. Sudah 6 bulan meninggalkan kami adik beradik. Sungguh cepat rasanya. Mak menghembuskan nafasnya yang terakhir depan mata aku. Semuanya tanpa diduga. Kuasa Allah yang menciptakan manusia dan Dia jugaklah yang berhak mengambil balik apa yang menjadi hak-Nya. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mak. Panjang ceritanya kisah yang berlaku waktu tu. Susah untuk diceritakan tapi sepanjang malam aku menangis. Setiap kali kawan-kawan call tanya keadaan aku, air mata deras turun. Aku dah takde siapa-siapa lagi yang aku boleh bermanja, orang yang selalu menunaikan impian aku tatkala bila aku meminta. Biasalah bila jadi perantau kat kuala lumpur ni. Balik je rumah mintak mak buatkan ini buatkan itu. Mak tak pernah kata tak. Dia mesti buat dengan syarat aku kena sediakan bahan-bahan tu. Tapi aku gembira. Sekarang suasana dah berubah. Nak apa-apa kena buat sendiri.

Mak, sempena hari ibu ni,orang sedekahkan al-fatihah dan berdoa agar roh arwah mak dengan abah dicucuri rahmat oleh Allah swt. Orang sayang mak sangat-sangat. Sepanjang 22 tahun orang hidup dengan mak sekali je pernah bagi hadiah sempena hari ibu. Selalu tak sempat. Maaf ye mak. T_T
 


HAPPY MOTHER DAY TO ALL MOTHER IN THIS WORLD
AND ALSO
HAPPY WORLD NURSES' DAY 2013

No comments:

Post a Comment