Wednesday, May 15, 2013

Happy Teachers's Day

Hari ini genap 18 tahun 5 bulan 2 minggu aku bergelar seorang pelajar/mahasiswa. Wow, lama jugak aku belajar. Hidup digunakan sepenuhnya untuk belajar. Sempena Hari Guru tahun ni, jom kita imbau kembali kisah-kisah lama sewaktu menjadi pelajar dan sekarang sedang bergelar mahasiswa.

Pasti Pasir Golok (1995-1996)

Korang pernah dengar tak pasal pasti ni? Mesti ada yang pernah dan ada yang tak pernah. Well, for your information pasti ni adalah satu institusi pendidikan awal yang ditubuhkan oleh parti pas. Kelantan dah dipimpin oleh kerajaan pas sudah 23 tahun sejak tahun 1990, ofkos la banyak pasti ditubuhkan kat sini. Tadika Kemas tu apa pulak. Yang tu pun sama jugak cuma itu hak milik kerajaan persekutuan. The best thing about this school, mereka menekankan pendidikan berunsurkan islam and we were taught well. Lagi satu kenapa aku masuk pasti ni adalah kerana lokasinya yang hanya terletak betul-betul di depan rumah aku kekeke..

Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh (1997-2002)

Lepas 2 tahun belajar kat pasti, iolls masuk sekolah ni. 6 tahun kat sini macam-macam benda boleh dikenang kembali tapi tak boleh la cerita kat.malu taw. Biasalah zaman kecik-kecik tengah tak baligh dan matang lagi time tu. Waktu sekolah rendah, aku dapat jadi pustakawan. Meletop yang uolls. Yelah, nak jadi pengawas tak layak. So, jadi librarian pun ok lah. Miahahaha..

Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (2003-2007)
Ok, waktu darjah 6 alhamdulillah rezeki aku untuk dapat 5A UPSR. Pastu dapat masuk SBP. First time memang excited nak masuk. Tapi bila pergi daftar, check in asrama tiba-tiba rasa takut dan nervous. Aku menangis tau bila mak aku dah nak balik rumah. Tak pernah berpisah kot dengan mak. Xdela beria-ria aku nangis tapi air mata tu jatuh jugaklah. Memang nak tergelak la kalau ingat balik hahaha. Alhamdulillah, dapat habiskan 5 tahun kat situ. Ada sorang cikgu bahasa inggeris yang aku takkan lupa. She was very special. Aku dapat belajar dengan dia 3 tahun kot. Form 3 sampai form 5. Cara dia mengajar memang lain daripada yang lain. Kelas dia sangat tak stress dan part paling best bila dengar dia membebel. Perghh, sentap mak nak kalau dengar ceramah dia hehe.

Kolej Matrikulasi Pahang (2008/2009)
Dah lama duk kat negeri sendiri, kali ni dapat peluang sambung belajar kat Pahang. Best tu memang best tapi nak balik kampung sangatlah susah. Aku ambik sains hayat kat sini dengan hasrat nak sambung medik lepas ni.

Universiti Kebangsaan Malaysia (2009-kini)
SELAMAT HARI GURU 2013
KEPADA SEMUA GURU DI SELURUH MALAYSIA
^_^

No comments:

Post a Comment