Friday, December 28, 2012

SEGMEN: BLOGLIST MAMA KAYBEE 2013


Jom join segmen bloglist mama Kaybee
Kalau bertuah dapat top up free..
Hehehe

Sah sehingga 31 Disember 2012

 

I Miss You

Salam hari Jumaat semua. Alhamdulillah hari ni dah Jumaat. Here comes weekend once again. Seronoknye dapat nikmat bercuti. Penatlah katakan walaupun hari Selasa lepas dah cuti sempena hari Krismas. Entri kali ni aku nak share sikit (sikit ke? macam nak tulis panjang jer =_=") pasal drama korea yang aku tengah layan sekarang. Aku ni bila bab-bab drama korea memang semangat sikit. Tapi kalau kpop aku tak berapa sangat la. Kalau ikut percentage dalam 0.0001% kahkahkah..menipu jer keje. Minat jugak tapi xdelah sampai addicted..

Oklah. Tajuk drama ni I MISS YOU. Dalam bahasa korea disebut BOGOSHIPO. Macam mana nak pronouncenye suka hati korang lah. Nak tunggang terbalik macam mana.

Drama terbitan MBC. Mula ditayangkan pada bulan November 2012
Pelakon-pelakon dia memang best. Pandai bawak watak. That is why I like korean drama so much. Bila part sedih tu memang sedih la sampai aku pun nangis sekali tau. Very hati selembut salju. Mana yang belum tengok lagi dan berhajat nak tengok, meh sini aku nak bagi sinopsis sikit:

"...I Miss You mengisahkan seorang budak perempuan,Lee Soo Yeon yang hidupnya sangat sengsara. Oleh kerana kesalahan seorang polis menangkap ayahnya, dia digelar sebagai anak pembunuh sehingga semua penduduk yang tinggal kat kejiranan & kawan2 kat sekolah membenci Soo Yeon. Macam-macam gelaran diorang bagi sampaikan dah xde orang yang panggil dia dengan nama Soo Yeon. Lepas tu, adalah seorang budak lelaki,Han Jung Woo berpindah sekolah dari UK ke Korea. Daripada diorang mula berkenalan & perasaan cinta mula berputik. Si Jung Woo ni ada seorang ayah yang jahat,Han Tae Joon. Tae Joon ni jahat sebab dia nak rampas harta milik seorang perempuan yang ada anak nama Kang Hyung Joon. Hyung Joon ni sebab xnak bagi si Tae Joon ambil hari mak dia, dia terpaksa lari dari rumah dibantu oleh Nurse Jung.

Suatu hari,ada peristiwa yang berlaku menyebabkan Soo Yeon & Jung Woo berpisah selama 14 tahun. Soo Yeon dilarikan oleh Nurse Jung & Hyung Joon ke luar negara. Selepas 14 tahun, Soo Yeon (Joy) & Hyung Joon (Harry) pulang ke Korea disebabkan oleh pembunuhan Nurse Jung. Time ni Jung Woo dah besar,dah jadi detektif lagi. Nak dijadikan cerita si Jung Woo ni akhirnya jumpa balik dengan Soo Yeon tapi semua tak seperti diduga. Macam-macam masalah timbul. Si Harry ni pulak memulakan rancangan untuk membalas dendam kat Tae Joon sebab bunuh mak dia (padahal dia tak tahu yang mak dia masih hidup tapi dikurung kat hospital mental). Blablabla.................

Apa kesudahan cinta antara Soo Yeon & Jung Woo? Camne pulak dengan Harry? Segala-galanya mulai terbongkar satu demi persatu. Nak tahu sila tonton drama ni yeh. Dijamin anda semua akan tangkap leleh. Hahaha...."

Jung Woo & Soo Yeon time kecik-kecik. Lakonan Yeo Jin Goo & Kim Soo Hyun

Jung Woo & Soo Yeon bila jumpa balik selepas 14 tahun. Lakonan Park Yoo Chun & Yoon Eun Hye
Hyung Joon aka Harry. Lakonan Yoo Seung Hoo

Terima kasih kepada pak cik google kerana sudi menaja gambar-gambar di atas. Ha! bagi yang dah start ada minat sikit aku cadangkan korang tengok jer..Sekarang dekat internet dah ada sampai episod 14. Jangan lupa tengok yer..


Friday, December 21, 2012

Limited Edition GiveAway by Dysha Sahhir

Klik banner untuk join
20 hadiah akan diberikan kepada blogger yang bertuah

Tempoh masa:
22/12/2012-31/12/2012

*Sangat teruja join GA by Dysha Sahhir ni. Hopefully I'm one of lucky person to win the prizes.

It's Wedding

Assalamualaikum semua.Apa khabar hari ni? Sihat semua? Alhamdulillah..

Macam biasa blog agak bersawang sebab agak lama tak menyajikan entri untuk santapan rakan-rakan.Cewah,siap bermadah pujangga la pulak. ^_^V

Oklah,sekarang ni dah habis minggu ke-2 posting pediatrik. 2 minggu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).FYI, NICU ni macam ICU biasa la tapi yang khas untuk baby-baby comel yang lahir pra-matang atau kalau matang pun ade masalah-masalah yang agak serius dan memerlukan rawatan lanjutan. It was an interesting posting. Sebab time ni jer kita akan didedahkan betul-betul dengan baby yang baru lahir. Yela kena practice newborn examination bagai. Masuk short case hokey. Nak tak nak kena practice gak. But it was so fun. Pegang baby rasa macam anak sendiri.Semua comey2..

Tapi benda yang tak best berlaku adalah bila aku tak dapat balik untuk majlis kahwin kakak.Sangat sedih sebab ni dah masuk kali ke-2 aku tak balik untuk majlis kahwin my siblings. Nak suruh upload gambar,diorang bukannye jenis yang suka post gambar kat facebook.Hmm,nasib badan. Nasib baiklah one of my sis friend ade upload kt facebook.Dapatlah jugak tengok walaupun satu gambar jer.Hehehe..

 
Selamat Pengantin Baru kepada kakak saya,Nur Zahidah Muhammad Zain & abang ipar saya,Syazwan. Moga berbahagia hingga ke anak cucu.

  I'm so happy for them. Bila bercakap pasal kahwin ni, aku tiba-tiba teringat dekat arwah mak aku. Waktu tu dekat hari majlis kahwin abang aku. Dia sempat la pergi ke rumah orang kampung mengajak datang kenduri dengan aku naik motor. Tapi apakan daya Allah lebih sayangkan beliau. Tak sempat tengok abang aku kahwin. Mesti dia happy kakak aku dah kahwin.


Gmiey said:

Ya Allah,permudahkanlah segala urusan ibu bapaku di akhirat sana. Tempatkanlah mereka dalam kalangan hamba-hambaMu yang soleh & solehah. Amin~






Saturday, December 8, 2012

It's Sunday Sayang

Assalamualaikum semua..
Salam hari Ahad..
Tengah takde pape yang nak dibuat tu jom kita layan dulu lagu ni..
Best sangat lagu nih..
Penyanyi lagu SAYANG ni adalah penyanyi baru tau, nama dia SHAE atau nama penuh Sheryl Gething daripada Indonesia..
Katanya dia ni ada darah kacukan Riau-Australia.Emm,patutlah muka ala-ala pan asia gitu..

JOM KITA DENGAR LAGU...ENJOY GANG!



Gmiey said:

Esok dah start posting Peadiatrics..Doakan kejayaan saya yer kawan-kawan..


Friday, December 7, 2012

With Japanese Students

Cerita lama tapi aku nak cite jugak kat korang sumer..

Assalamualaikum/selamat pagi semua!
Macam mane hari ni?Sihat?Tak plan pergi jenjalan ke?

2-3 minggu ni rajin pulak aku menghapdate blog aku..Al-maklumlah sejak last entry aku dapat feedback yang cukup baik membuatkan aku semangat balik nak terus memberikan cerita-cerita yang panas & sensasi kat uollz. Hahaha ala2 melodi a.k.a propaganza versi blog.Tapi takleh lawan la dengan Beautiful Nara yang dah veteran dalam bab2 macam ni..

Dalam 2 bulan lepas ada 4 orang budak jepun datang ke Malaysia for student exchange program. Diorang semua belajar kat University of Nigata. Kat mane tu dalam jepun tu aku pun tak tahu tapi bila tengok kat map yang diorang tunjuk agak jauh la dari Tokyo.

Inilah mereka. Dari kiri: Yuji Suzuki, Yumi Kondo, Maki Onodera, Hodaka Saito

Diorang datang ke UKM selama sebulan. FYI, mereka ni bakal pelajar Gred 4 (in Japan,they did not use year but grade) dan baru je habis Gred 3. Kiranya mereka tengah cuti panjang la ni. Walaupun dah Gred 3 tapi diorang still belum masuk ke tahun klinikal lagi tak macam Malaysia, tahun 3 dah start masuk klinikal dah. Bezakan? The best thing is they learn medicine in Japan language bukan macam kita kena belajar dalam bahasa Inggeris. Bagusnye diorang sebab memartabatkan bahasa mereka sendiri.

For the first and second week in Malaysia, they joined my orthopaedics posting. Genbira sangat dapat jumpa sebab diorang sangat mesra,easy to make friends especially Maki. Bila borak jer ngan Maki ni memang tak sah kalau tak gelak. Tak tahu tang mane yang lawaknye. Waktu last2 diorang join posting ngan weollz, si Qazreen (merangkap orang yang uruskan pelajar2 Jepun kat sini) bawak diorang jenjalan ke I-City, Shah Alam. Aku pulak dapat ikut sekali.Yeay!!Dapat ke I-City for the first time.Over pulak aku. Si budak2 Jepun tu takdelah seover aku.Hehehe sorry yer :p

Harimau Malaya bersama Yuji...aumm!!

Qazreen & Kama bersama mengaum sekali haha

We all together that night...

Cinderella tale with me & Maki~Peace!!!

Girls Generation Asian (Malay + Japanese)

Singgah kat KFC kejap untuk menjamu selera. Nak makan double down tapi dah abes. Beli zinger burger jer..Thanks imran belanja air :)

In I-City park..Perasan tak Yuji punyer tangan fleksible,boleh bengkok cmtu sekali hahaha..hebat betul gene orang Jepun nih.

Malam-malam kita main pusing2...nampak je simple game nih tapi sekali naik rm5 tau...hambik ko nak naik sangat

In Ferris Wheel, here comes the beauty Yumi & Hadako

View from highest position in Ferris wheel...blur sket sebab nervous naik benda alah ni.. =_="
Anyway,really enjoy makes friends with them. InsyaAllah,kalau ade masa & wang yang cukup,turn aku plak nak pergi Jepun melawat diorang. Tapi bila tu tak tahu lagi.Biaselah duit jpa manelah nak cukup buat simpan pergi Jepun.Maybe waktu dah keje nanti ke hehe..

Bye uollz~



Wednesday, December 5, 2012

Sweet 22

Assalamualaikum!

Yupp,today is already 5th December 2012. Happy belated birthday to me. Alhamdulillah, aku akhirnya mencapai umur 22 tahun + 1 hari.Allah swt masih lagi meminjamkan nikmat nyawa kepada aku dengan harapan aku dapat beribadat kepada-Nya. InsyaAllah,selagi hayat dikandung badan,akan aku junjung nikmat Islam & nikmat Iman yang aku kecapi sehinggalah sekarang.

4th December 1990. Aku dilahirkan di Kampung Pasir Golok, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. Aku dilahirkan di rumah tau bukan kat hospital. Kelas uollz. Terima kasih arwah mak yang telah membesarkan aku daripada sekecil tapak tangan sehinggalah aku seperti sekarang. Walaupun dah tak dapat nak tatap muka mak tapi aku akan sentiasa mendoakan mak.

untuk pengetahuan uollz semua, tahun ni adalah tahun yang paling best buat diri aku. Dua kali sambutan hari jadi. Sambutan kali pertama dengan housemate ngan jiran rumah depan. I was really suprise with birthday celebration walaupun pada hakikatnya aku tahu yang diorang akan sambut besday aku. Cuma time jer yang aku tak jangka. Lepas habis study group, diorang ajak aku makan makanan yang diorang goreng. Pelik jugak sebab banyak sangat yang digorengnya macam nak ajak ramai orang jer. Tapi aku buat dek jelah. Yang penting dapat makan hahaha..Duk tengah2 syok makan si Qazreen ngan Imran bawak masuk kek.Wah! terkezut iollz hokey!Suprise diorang akhirnya menjadi. Aku memang terharu. 2 kek yang bersaiz regular.1 perisa tiramisu 1 lagi perisa cheese..Thanks korang!

At the same time, I got a lot of wishes through facebook and sms. Yang paling excited tnc hepa ukm, Prof Othman wish kat aku secara private message kat facebook. Tak sangka betul. Thanks Prof.


sambutan kali kedua ni lagi surprise. Semalam, Prof zul, pengetua kolej aku belanja makan kat pavilion sambil bincang2 pasal hal kolej. #rasa cam bertuah pulak jadi jaksa nih selalu dapat makan free prof belanja#. Makan kat PAVILLION ok,bukan calang2 tempat. This was my second time datang sini, Really awkward. Prof Zul belanja makan kat Ben's.


Restoren Ben's @ Pavillion,Kuala Lumpur

Tak pernah nama kedai ni tapi waktu weollz sampai semalam memang ramai giler costumer.Waktu nak mengorder satu hal. Nama makanan nak gempak2 end up aku tak tahu nak makan apa sebab memang tak pernah dengar nama makanan tu. So,weollz ape lagi terus mintak prof zul recommendkan makanan yang best. Aku order chicken breast yang disumbatkan dengan kentang. Forgot the real name. Tapi honestly speaking makanan tu tak sesuai dengan taste orang kampung macam aku. Sangat tak sedap. Menyesal aku order. Yang paling sedih,aku tak dapat nak habiskan makanan tu. Melayanglah duit prof zul hehehe. Sorry prof. For drink, I order watermelon juice and dessert I order red velvet cake.Basicly,kek dia sedap.

Prof Zul, En Harun (Vice Principal of KTDI) & part of Jaksa KTDI
From left: Wan Z, me, Imran
Camera Havoc!!
Berposing kat garage kereta. Thanks kema for the photo :)
Lepas kebuncitan perut sebab makan agak banyak, Prof zul ajak pergi minum kopi kat SHANGRI-LA HOTEL.Perghh, prof ni suka pergi tempat mahal2..Sampai sana,weollz order minuman.Hazab jugaklah nak mengorder sebab tak tahu nak minum ape. Last2 aku order cafe latte.Tengah2 minum tiba2 penyanyi kat depan tu nyanyi lagu happy birthday. Apelagi terkezut lagi la iollz sebab memang tak sangka prof zul yang request lagu tu kat i...lepas,datanglah waitress bawak 3 biji cupcake dengan lilin kat atas tu..SO SWEET!! For the first time in my life!


With birthday boy. Thanks for the surprise! So bad, cupcake langsung tak nampak sebab kamera pakai night mode.


Mila, me & Imran


Alhamdulillah,feel so grateful~


Last photo before going back..
Credit to Kema Shafi for the photo.

Gmiey said:

Terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan hari lahir. Semoga kalian dapat mendoakan sahabatmu ini supaya lebih kuat dalam beribadah dan juga menempuh cabaran sepanjang bergelar sebagai pelajar perubatan.



Sunday, December 2, 2012

Weekly Update #2

Salam/hi..emm,sebenarnya takde idea nak tulis apa kt blog. Sambil menaip ni sambil fikir nak tulis apa. Boleh ke macam tu? Ada idea jer on the spot tulis. Aku tak faham la macam mana semua blogger sentiasa ada idea nak buat entri baru. Idea segar daripada ladang macam trademark kfc "ayam segar dari dapur setiap hari" haha. Apela yang aku merepekkan nih..

Just a weekly update!


  1. Last week agak kecoh sikit pasal isu JPA. Mana tak nye kitorang ni dh 7 minggu start semester 2 tapi JPA still tak masuk2 jugak. Semua orang dah komplen. Ade yang gtau diorang dah mula makan maggi la,diet bagai la sebab nak jimat duit. Tu pun duit pa&ma.
  2. Oleh sebab itu, persiap ngan mpp fakulti perubatan buat satu dialog dengan JPA. Nak tahu jugaklah kan kenapalah duit tak masuk-masuk lagi nih. Everything going very well. Kalau sebelum lagi aku berperasangka buruk kat JPA,kata diorang tak buat kerja la ape la tapi lepas dengar explanation daripada pihak JPA sendiri barulah gue ngerti dong..Thanks uollz yer sebab bersungguh-sungguh nak make sure semua budak-budak ukm dapat duit masing-masing
  3. At last, khamis hari tu JPA masuk jugak.. Wehooo!!!


Bersama MPP Fakulti Perubatan UKM..Oyehh!!
Thanks for your effort to resolve the JPA issue.

Dapat peluang diinterview pasal p&p di fakulti perubatan ukm. They asked for my opinions. Gembira sangat2 sebab video nih akan ditayangkan sempena kongres p&p semua fakulti-fakulti di ukm yang berlangsung di genting highland. Meletops uollz.. Rasa cam artis pun ader hehehe..hallucination betol aku nih

The making...
Masalah dengan research yang aku buat. Masih bengong sekarang tak tahu study design ape yang sesuai dan tak tahu camne nak kira sample size. Aku rasa cam tak perlu kira tapi supervisor still jugak nak ada calculation tuh. Fening @_@




Dalam perancangan nak beli ipad. Pergi survey kat mac studio tapi stok dah habis. Dari Time Square ke Low Yat semua aku pergi. Tapi semuanya habis. Kena tunggu lagi 2 minggu baru ada stok haizz!!