Friday, December 28, 2012

I Miss You

Salam hari Jumaat semua. Alhamdulillah hari ni dah Jumaat. Here comes weekend once again. Seronoknye dapat nikmat bercuti. Penatlah katakan walaupun hari Selasa lepas dah cuti sempena hari Krismas. Entri kali ni aku nak share sikit (sikit ke? macam nak tulis panjang jer =_=") pasal drama korea yang aku tengah layan sekarang. Aku ni bila bab-bab drama korea memang semangat sikit. Tapi kalau kpop aku tak berapa sangat la. Kalau ikut percentage dalam 0.0001% kahkahkah..menipu jer keje. Minat jugak tapi xdelah sampai addicted..

Oklah. Tajuk drama ni I MISS YOU. Dalam bahasa korea disebut BOGOSHIPO. Macam mana nak pronouncenye suka hati korang lah. Nak tunggang terbalik macam mana.

Drama terbitan MBC. Mula ditayangkan pada bulan November 2012
Pelakon-pelakon dia memang best. Pandai bawak watak. That is why I like korean drama so much. Bila part sedih tu memang sedih la sampai aku pun nangis sekali tau. Very hati selembut salju. Mana yang belum tengok lagi dan berhajat nak tengok, meh sini aku nak bagi sinopsis sikit:

"...I Miss You mengisahkan seorang budak perempuan,Lee Soo Yeon yang hidupnya sangat sengsara. Oleh kerana kesalahan seorang polis menangkap ayahnya, dia digelar sebagai anak pembunuh sehingga semua penduduk yang tinggal kat kejiranan & kawan2 kat sekolah membenci Soo Yeon. Macam-macam gelaran diorang bagi sampaikan dah xde orang yang panggil dia dengan nama Soo Yeon. Lepas tu, adalah seorang budak lelaki,Han Jung Woo berpindah sekolah dari UK ke Korea. Daripada diorang mula berkenalan & perasaan cinta mula berputik. Si Jung Woo ni ada seorang ayah yang jahat,Han Tae Joon. Tae Joon ni jahat sebab dia nak rampas harta milik seorang perempuan yang ada anak nama Kang Hyung Joon. Hyung Joon ni sebab xnak bagi si Tae Joon ambil hari mak dia, dia terpaksa lari dari rumah dibantu oleh Nurse Jung.

Suatu hari,ada peristiwa yang berlaku menyebabkan Soo Yeon & Jung Woo berpisah selama 14 tahun. Soo Yeon dilarikan oleh Nurse Jung & Hyung Joon ke luar negara. Selepas 14 tahun, Soo Yeon (Joy) & Hyung Joon (Harry) pulang ke Korea disebabkan oleh pembunuhan Nurse Jung. Time ni Jung Woo dah besar,dah jadi detektif lagi. Nak dijadikan cerita si Jung Woo ni akhirnya jumpa balik dengan Soo Yeon tapi semua tak seperti diduga. Macam-macam masalah timbul. Si Harry ni pulak memulakan rancangan untuk membalas dendam kat Tae Joon sebab bunuh mak dia (padahal dia tak tahu yang mak dia masih hidup tapi dikurung kat hospital mental). Blablabla.................

Apa kesudahan cinta antara Soo Yeon & Jung Woo? Camne pulak dengan Harry? Segala-galanya mulai terbongkar satu demi persatu. Nak tahu sila tonton drama ni yeh. Dijamin anda semua akan tangkap leleh. Hahaha...."

Jung Woo & Soo Yeon time kecik-kecik. Lakonan Yeo Jin Goo & Kim Soo Hyun

Jung Woo & Soo Yeon bila jumpa balik selepas 14 tahun. Lakonan Park Yoo Chun & Yoon Eun Hye
Hyung Joon aka Harry. Lakonan Yoo Seung Hoo

Terima kasih kepada pak cik google kerana sudi menaja gambar-gambar di atas. Ha! bagi yang dah start ada minat sikit aku cadangkan korang tengok jer..Sekarang dekat internet dah ada sampai episod 14. Jangan lupa tengok yer..


No comments:

Post a Comment