Wednesday, May 15, 2013

Happy Teachers's Day

Hari ini genap 18 tahun 5 bulan 2 minggu aku bergelar seorang pelajar/mahasiswa. Wow, lama jugak aku belajar. Hidup digunakan sepenuhnya untuk belajar. Sempena Hari Guru tahun ni, jom kita imbau kembali kisah-kisah lama sewaktu menjadi pelajar dan sekarang sedang bergelar mahasiswa.

Pasti Pasir Golok (1995-1996)

Korang pernah dengar tak pasal pasti ni? Mesti ada yang pernah dan ada yang tak pernah. Well, for your information pasti ni adalah satu institusi pendidikan awal yang ditubuhkan oleh parti pas. Kelantan dah dipimpin oleh kerajaan pas sudah 23 tahun sejak tahun 1990, ofkos la banyak pasti ditubuhkan kat sini. Tadika Kemas tu apa pulak. Yang tu pun sama jugak cuma itu hak milik kerajaan persekutuan. The best thing about this school, mereka menekankan pendidikan berunsurkan islam and we were taught well. Lagi satu kenapa aku masuk pasti ni adalah kerana lokasinya yang hanya terletak betul-betul di depan rumah aku kekeke..

Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh (1997-2002)

Lepas 2 tahun belajar kat pasti, iolls masuk sekolah ni. 6 tahun kat sini macam-macam benda boleh dikenang kembali tapi tak boleh la cerita kat.malu taw. Biasalah zaman kecik-kecik tengah tak baligh dan matang lagi time tu. Waktu sekolah rendah, aku dapat jadi pustakawan. Meletop yang uolls. Yelah, nak jadi pengawas tak layak. So, jadi librarian pun ok lah. Miahahaha..

Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (2003-2007)
Ok, waktu darjah 6 alhamdulillah rezeki aku untuk dapat 5A UPSR. Pastu dapat masuk SBP. First time memang excited nak masuk. Tapi bila pergi daftar, check in asrama tiba-tiba rasa takut dan nervous. Aku menangis tau bila mak aku dah nak balik rumah. Tak pernah berpisah kot dengan mak. Xdela beria-ria aku nangis tapi air mata tu jatuh jugaklah. Memang nak tergelak la kalau ingat balik hahaha. Alhamdulillah, dapat habiskan 5 tahun kat situ. Ada sorang cikgu bahasa inggeris yang aku takkan lupa. She was very special. Aku dapat belajar dengan dia 3 tahun kot. Form 3 sampai form 5. Cara dia mengajar memang lain daripada yang lain. Kelas dia sangat tak stress dan part paling best bila dengar dia membebel. Perghh, sentap mak nak kalau dengar ceramah dia hehe.

Kolej Matrikulasi Pahang (2008/2009)
Dah lama duk kat negeri sendiri, kali ni dapat peluang sambung belajar kat Pahang. Best tu memang best tapi nak balik kampung sangatlah susah. Aku ambik sains hayat kat sini dengan hasrat nak sambung medik lepas ni.

Universiti Kebangsaan Malaysia (2009-kini)
SELAMAT HARI GURU 2013
KEPADA SEMUA GURU DI SELURUH MALAYSIA
^_^

Saturday, May 11, 2013

Happy Mothers Day


12 Mei 2013 ialah hari ibu. I think everyone had already know that. Kat dalam facebook penuh dengan ucapan selamat hari ibu yang ditujukan khas kepada mak/ma/mama/mummy/ummi/ibu masing-masing. Aku pulak tiba-tiba datang rasa sedih dan hiba. Teringatkan arwah mak. Sudah 6 bulan meninggalkan kami adik beradik. Sungguh cepat rasanya. Mak menghembuskan nafasnya yang terakhir depan mata aku. Semuanya tanpa diduga. Kuasa Allah yang menciptakan manusia dan Dia jugaklah yang berhak mengambil balik apa yang menjadi hak-Nya. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mak. Panjang ceritanya kisah yang berlaku waktu tu. Susah untuk diceritakan tapi sepanjang malam aku menangis. Setiap kali kawan-kawan call tanya keadaan aku, air mata deras turun. Aku dah takde siapa-siapa lagi yang aku boleh bermanja, orang yang selalu menunaikan impian aku tatkala bila aku meminta. Biasalah bila jadi perantau kat kuala lumpur ni. Balik je rumah mintak mak buatkan ini buatkan itu. Mak tak pernah kata tak. Dia mesti buat dengan syarat aku kena sediakan bahan-bahan tu. Tapi aku gembira. Sekarang suasana dah berubah. Nak apa-apa kena buat sendiri.

Mak, sempena hari ibu ni,orang sedekahkan al-fatihah dan berdoa agar roh arwah mak dengan abah dicucuri rahmat oleh Allah swt. Orang sayang mak sangat-sangat. Sepanjang 22 tahun orang hidup dengan mak sekali je pernah bagi hadiah sempena hari ibu. Selalu tak sempat. Maaf ye mak. T_T
 


HAPPY MOTHER DAY TO ALL MOTHER IN THIS WORLD
AND ALSO
HAPPY WORLD NURSES' DAY 2013

My First Experience

Assalamualaikum/Selamat sejahtera


Homaigad, ini entry pertama aku di Tahun 5. Memang tak percaya. Rasa macam sekejap je belajar ni. Baru je tahun 1 tengok-tengok dah masuk tahun 5. Masa berlalu dengan pantaskan. Blog aku takde nak menyajikan benda panas. Cukup hanya di facebook jelah. Komen mengenai pru-13..emm, entahlah banyak sangat cerita yang aku dapat,ada yang bercanggah ada yang tidak. Tapi, secara keseluruhan yang aku dapat simpulkan..kalau benarlah keputusan pru ni hasil daripada sabotaj, penipuan dan ahli spr yang tidak telus, moga Allah tunjukkan kepada mereka semua ke jalan yang benar. Semua ini takkan kekal lama. Rakyat akan terus bangkit. Pasal ni tak syok sangat sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan pengalaman kali pertama mengundi. Huih,excited sangat. Kalau uolls semua nak tahu akulah antara orang yang terawal booking tiket nak balik mengundi. Yelah,sedangkan tiket balik raya cepat je habis inikan pulak tiket balik mengundi. Kewajipan sebagai rakyat Malaysia tu. Bila spr umum je tarikh pengundian, terus aku booking tiket online. Zaman canggih sekarang ni senang je xyah nak susah-susah pergi stesen bas yang jauh semata-mata nak beli tiket. Sampai je rumah, kakak aku bagitahu yang aku dapat claim duit tiket. Alhamdulillah rezeki aku,jimatlah sikit duit aku almaklumlah sekarang ni tengah kering sebab tunggu jpa tak masuk-masuk pun lagi. Dengan pihak mana yang aku claim duit tu biarlah rahsia.

Pagi 5 Mei, aku siap-siap nak pergi mengundi. Pergi naik motosikal dengan abang aku. Memang tak la aku nak naik kereta sebab konfem-konfem kat sana akan jam. Lama jugaklah nak tunggu turn. Sepatutnya kena semak dulu dekat kaunter semakan pastu akan dapat kertas yang tulis nombor saluran kita dan nombor siri. Tapi sebab terlampau ramai beratur sampai melimpah-limpah ke jalan raya, orang spr tu suruh pergi terus ke saluran mengundi dengan syarat dah konfem saluran masing-masing. Bijak jugak abang ni sebab ofkos la orang semua dah tahu sebab konfem diorang dah semak kat internet ataupun sms sebelum datang. Aku dapat saluran 3 di mana saluran tu khas untuk orang muda-muda hehehe. Bila tiba turn aku, aku terus masuk. Bagi kad pengenalan dan abang tu baca kuat-kuat. Mesti penatkan guna suara nanti tak pasal-pasal boleh dapat hoarseness of voice kekeke...Pastu gerak sebelah,ade akak pulak yang tukang calit dakwat kekal. Rasa macam tengah buat manicure je.. Orang sebelah dia bagi kertas undi dan aku apa lagi terus ambik pergi ke tempat memangkah. Waktu pegang pen tu tiba-tiba tangan aku menggelatar tak tahu kenapa. Mungkin sebab risau takut aku buat undi rosak. Rugi jelah aku balik jauh-jauh tup-tup buat undi rosak. Dah selesai tu, aku lipat dan masukkan ke dalam peti undi. I'm DONE!! Yahoo!! Balik rumah benda yang pertama aku buat lepas disuruh abang aku adalah cuci dakwat kat jari. Pakai sabun cuci pinggan je terus hilang tak serupa dengan apa yang diberitahu spr. Kekdahnya dakwat kekal. Aku rasa pakai dakwat printer lagi kekal.

Malam tu pulak stay up sampai pukul 2 semata-mata nak tahu keputusan pru. Lambat giler keluar result. Alhamdulillah, negeri aku masih kekal dibawah pemerintahan kerajaan Pas. Syabas buat semua rakyat kelantan. BN berjaya membentuk kerajaan persekutuan buat sekali lagi walaupun jumlah parlimen yang dimenangi tak sebanyak pru 12.

Teringin nak makan cupcake ^_^

Saturday, April 6, 2013

Populariti @ Minat

Anyonghaseyo! (mood Korea sikit hahaha)

Tadi sebelum tekan butang new post, aku try la klik dekat butang overview. Nak tengok berapalah pageviews aku ni. Alamak sikitnye. Takde orang ke yang nak baca blog aku. Ke sebab aku jarang update. Well, memang patut pun. Sape la aku nih kalau nak dibandingkan dengan blogger yang lain. Kadang-kadang teringin jugak nak jadi macam diorang. Buat entry terus ada orang view. Siap komen lagi tuh. Aku baru nak bertatih dalam dunia blogging nih. Tapi bertatih aku lama sangat. Aku tak tahu dan tak reti macam mana nak jadi blogger yang cemerlang. Aku mula buat blog waktu aku tahun 2 kat UKM. Masa tu semangat berkobar-kobar. Berangan nak jadi popular. Tapi aku punya semangat tak lama. Lepas setahun aku macam dah tak pedulikan blog aku. Satu sebab busy. Satu lagi sebab aku tiada idea. I made up my mind to close my blog and go on with my study.

And time goes on..bla,bla,bla..

Tiba-tiba semangat nak buat blog datang balik. Waktu awal tahun 4, aku start berblogging. Waktu tu aku activate balik blog. Tapi, all my previous entries were gone. Automatik delete kot sebab dah lama aku deactivate blog aku ni. Well, it's alright then. Buat la entry baru. Ape yang susahnya. Hahaha..And here I am now. Bertahan sampai sekarang. Kadang-kadang post entry. Kadang-kadang tak. Yeah, kawan-kawan aku ramai jugak yang ada blog. Tapi tak semua la yang aku bukak. Beberapa orang je. Yang terdekat kawan yang duduk depan rumah aku dekat kolej. Dia tu popular jugak and i'm quite impressed with him. Dia tak putus-putus buat entry baru. Style dia menulis not bad. Aku suka. #mesti tuan punya badan bangga bila baca ni#.


Blogging ni bagi orang yang memang aktif memang boleh dijadikan sebagai sumber rezeki. Makin ramai yang view makin banyak duit yang dia dapat. Untunglah diorang kan. Hari tu aku ada borak-borak dengan FL. Dia ada cerita sikit-sikit macam mana dia boleh dapat duit hasil daripada blogging. Kenal tak sape FL? Ofkos la korang kenal. Sape yang tak kenal dia memang peliklah. Seriously,dia sangat famous. Even, patient kat hospital pun kenal dia. OMG!. Aku sangat impressed dengan dia. How can she become so well-known just from blogging. Well, dah pernah dapat award kot. Masuk tv pernah, masuk newspaper pun pernah. Kadang-kadang tu kan aku berangan jugak. Kan best dapat jadi famous macam dia. Huh, berangan je lah dulu...

However it is, niat mesti betul. Jangan ingat buat blog hanya untuk famous. Kalau nak famous baik jadi artis. Hahahaha..Just write what you want and let people read it.


 



Tiba-tiba rasa teringin sangat nak pergi mandi air terjun #kempunan


Wednesday, April 3, 2013

Wrap Up

Oh, what the heck? Dah berbulan-bulan tak update entry. Buat apa kau ada blog tapi tak update langsung. Aku terbayangkan kalaulah ada orang cakap macam tu kat aku. Yelah last entry 5 Januari 2013, 3 bulan yang lepas. Kalau betul-betul ada tak ke sentap mak nak. Aku baru je habis bercuti sebulan. Sebenarnya cuti tak habis pun lagi tapi sebab banyak komitmen yang perlu diuruskan so, terpaksalah aku menggagahkan diri untuk datang, lebih awal daripada biasa. Datang sini orang duk tanya kau buat apa je kat rumah? Aku jawab, entah tak tahu apa yang aku buat kat rumah. Makan,tidur pastu tengok tv la kot kerja aku. Goyang kaki macam bos besar yang tengah gila kuasa miahahaha..

Disebabkan kakak aku ni dah tukar ke astro beyond ni so, besarlah peluang aku nak habiskan sisa-sisa cuti aku yang boring tahap cipan dengan menengok drama-drama korea. Cakap je cerita apa semua aku tengok. Bukak tv je mesti tukar channel 393. Sampai kakak aku pun membebel sebab tak dapat tengok cerita dia. Tapi, aku tak de kejam sangat. Kitorang share-share. Sharing is caring kan! The best thing yang aku buat time holiday ialah masak western food. Mantap ah, tak main la tekak makanan melayu ni (hamboih! mulut macam dah lupa daratan la pulak, kalau budu tu budu jugak la). Banyak resepi yang aku dah try tapi tak de la seperfect yang orang lain buat. Amatur la katakan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

But, beyond all that aku rasa sangat-sangat gembira dan bersyukur yang aku lulus final exam semester 2 yang lepas. Tuhan je lah yang tahu macam mana perasaan aku. Macam tak percaya pun ada yang aku bakal naik ke tahun akhir. Nak jadi doktor dah ni. Tapi tahun akhir ni lah yang perit untuk dilalui. Penuh dengan tekanan, dah la tak de cuti. Harapkan cuti perayaan jelah.

Rindu saat-saat masih kurus
Anyhow, I pray to Allah so that all the things will going fine.
SSM --> MUASRM --> Clinical posting --> Professional exam --> Graduate as medical doctor

Amin..



Saturday, January 5, 2013

Sungai Gepai

Assalamualaikum wbt.

Cepatnye masa berlalu kan. Baru jer merasa tahun 2012,tengok-tengok dah masuk tahun baru 2013. Hari ni pulak dah 6 Januari 2013. Masya-Allah sekejapnye rasakan. Okeylah, we go straight to the point. Aku sebenarnye nak cerita sikitlah pengalaman mandi-manda dekat air terjun Gepai. Hah,pernah dengar tak nama air terjun ni? Mesti tak pernah dengar kalau kome semua bukan orang Perak. Aku pun first time dengar nama air terjun ni. Air terjun Gepai ni terletak kat Bidor, Perak. Amboihh,jauhnye kitorang pergi semata-mata nak mandi air terjun.Bukan kat area-area Selangor pun ade ke? Sebenarnye, semua air terjun yang ada kitorang dah pergi. So,kalau pergi tempat yang sama probably it will be bored. We need something new! Cewahhh, gitew~

Nasib baiklah main organizer kita kreatif. Cari punyer cari tempat-tempat yang best, pakai pak cik google last sekali jumpa jugak. Mula-mula nak pergi Gua Tempurung tapi sebab kekangan masa terpaksa dibatalkan. So,here it is.We are in Gepai Waterfall. Located in Bidor,about 2 hours journey from Kuala Lumpur. Kami konvoi 7 kereta kot. Best sangat, walaupun time-time dah nak dekat sampai tersilap jalan. Hahaha..Bila sampai jer,aku agak terkejut jugak sebab tengok tempat dia macam seram jer. Siap ade kuil hindu lagi kat situ ok. Kata tempat tumpuan tapi kenapa macam takde orang jer yang manage tempat tu. Sampah sarap memang ade merata-rata,takde orang bersihkan.

Ok,bila kitorang siap-siap nak turun kereta,hujan tiba-tiba jadi lebat giler. Weollz cepat-cepat masuk kereta balik. Time tu dah rasa frust dah sebab datang jauh last-last tak dapat mandi sebab hujan. Tapi,sabar tu separuh daripada iman. Sambil tunggu hujan berhenti,weollz makan bihun goreng dulu. Alhamdulillah,maybe Allah dengar rintihan hati aku ngan kengkawan kot. Hujan berhenti jugak. Apa lagi, kitorang cepat-cepat la turunkan barang daripada kereta pastu angkut sambil cari spot yang menarik. Guess what, air terjun ni bukan macam air terjun biasa tau sebab memang takde langsung laluan yang disediakan except jambatan yang dah pun usang. Semata-mata nak cari spot yang menarik plus kawasan air terjun yang tak berapa dalam, weollz sanggup meredah hutan naik pastu turun balik. Rasa macam jungle trekking ok. Memang challengging.

Bila jumpa tempat yang sesuai,kitorang cepat-cepat barang dan terus berBBQ dan masak. Aku tolong part menggoreng jer sebab yang tu paling senang hahaha. Aku goreng shoestring fries, sosej ngan isi ketam. Fuh,memang hot items.Bila angkat jer dari kuali terus habis. Pelahap betul kawan-kawan aku ni kihkihkih..
Apelagi ha menu yang diorang prepare? Ha! lupa kita ade nasi goreng pastu ayam bakar lah yang rempah dia versi mix and try.Lawak jugak bila fikir balik time nak buat rempah ayam. Main campak jer bahan yang ade pastu rasa.Tak cukup tambah lagi sampai rempah tu jadi cair macam sambal.

Jom start menggoreng!


Say hi to Nazrin & Aqif. 2 jejaka comel gitew~

Orang sibuk nak buat kerja ade jer yang nak interframe ambik gambar hehe..

Tenaga kerja yang menyediakan makanan #kekdahnye fotogenik la semua! hahaha

Yeah,we really enjoyed our moment there. Mandi sampai puas hati. Waktu tu ade jugak beberapa penduduk tempatan datang mandi sekali. Kawan-kawan aku cakap diorang sumer tu orang asli tapi tak nampak macam asli pun hehehe. Pergh,mantap la bila diorang buat stail terjun dari tempat tinggi. Jelesnye. Kan best kalau aku tahu berenang. Boleh buat half summersault haha. Waktu tengah syok-syok mandi,dari jauh aku tengok ada sorang pakcik ni approach few of my friends.Macam ada benda serius jer yang diorang bincangkan. korek-korek dengan kawan yang lain rupanye pasal sejarah tempat tu..Betul la ape yang hausemate aku bagitahu pasal tempat tu. Dikhabarkan, kat air terjun tu ade satu terowong yang menyambungkan sungai gepai tu dengan sungai tapah. Jauhkan? Dulu-dulu la time zaman jepun orang-orang kat situ yang bina. So, the problem is terowong tu pak cik tak tahu kat mane. Kalau tahu dah lama dia buat petanda kat situ tak bagi pengunjung mandi. Dia bagitau dulu ade yang lemas kena tarik ke dalam terowong, lepas tu terus dah tak jumpa. Selang beberapa hari ade orang jumpa mangsa tu kat sungai tapah..Wah,seram gile babe!



Mandi jom!!

Wehuu,syoknye mandi..sejuk sangat airnya

 THE PICS OF THE BEGINNING 2013
by Firdaus






Orait few hours mandi-manda,kitorang bersiap-siap nak balik rumah. Kalau ikutkan hati memang tak nak balik sebab best sangat mandi cewah!Dalam perjalanan balik weollz singgah rumah ayah saudara kawan kat Behrang. Dalam pukul 6.45 petang baru sampai bilik. Penat sangat. Sampai bilik bila nak pergi mandi barulah perasan rupa-rupanya aku digigit pacat. Pacat tu dah takde maybe jatuh time aku tukar baju kt air terjun tu kot. Tapi, darah tu memang tak mahu berhenti..End up aku letak plaster tak bagi darah keluar. Hahah,orang lain takde pun kena gigit,aku jer yang kena. Kawan aku cakap mungkin darah aku sedap kot hahaha.Motiff sangat.

Credit tu Firdaus Iqbal & Kamarol Salleh for the pics. Sorry pinjam tak bagitahu. Mintak halalkan yer.. :)

Gmiey said:

Thanks to main people who organized this event, Azree Biber..It was an awesome trip guys!!!